Khamis, 18 Oktober 2012

Refleksi Minggu Pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera… Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk terus bernafas di muka bumi ini. Kali ini saya bukan lagi pelajar PPISMP semester 2 namun telah melonjak ke peringkat seterusnya iaitu PPISMP semester 3.
Setelah tamat cuti semester yang lepas, semua pelajar mula pulang ke asrama untuk meneruskan pengajian di semester yang baru. Walaupun di minggu pertama setelah bercuti, namun kuliah pengajian terus berajalan seperti biasa. Di semester 3 ini, Kecerdasan Emosi menjadi sebahagian dari kehidupan saya kerana subjek ini merupakan salah satu elemen kursus yang mesti saya pelajari untuk semester 3 ini.
Ketika kuliah yang pertama, saya tertanya-tanya kepada kawan-kawan saya yang lain apa itu subjek kecerdasan emosi. Namun, mereka juga kurang pasti dan sama seperti saya kerana tidak mengetahui dengan lebih lanjut. Kali pertama pensyarah yang masuk untuk mengajar subjek ini ialah Pn. Safinah. Beliau ada mengatakan mengenai IQ, EQ, dan SQ.
Saya masih tertanya-tanya apa itu IQ, EQ, dan SQ. walaupun beliau ada menerangkan serba sedikit menegenai apa itu emosi, namun saya masih tidak faham dan kurang memahaminya dengan lebih lanjut. Disebabkan waktu kuliah subjek ini hanya 1 jam, maka beliau meminta kami untuk mencari definisi dan hubungan emosi dalam kehidupan seharian kita.
Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan dalam slot kali ini. Walaupun saya masih tidak faham dengan subjek ini, saya harap di sesi kuliah akan datang saya akan dapat memahami dengan lebih lanjut. Sekian….. harap-haraplah subjek ini tidak membosankan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan