Khamis, 18 Oktober 2012

Refleksi Minggu Keempat


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam entri kali ini. Kali ini banyak benda baharu yang saya pelajari menerusi subjek ini. Antara perkara yang saya pelajari kali ini dapatlah disimpulkan seperti dibawah :

Komponen Kompetensi Kecerdasan Emosi
Terbagi dua yang utama:
1.  Kompetensi Personal:
- kesedaran kendiri
- pengurusan Kendiri
- Motivasi diri
2. Kompetensi Sosial:
- Kesedaran Sosial
- Kemahiran sosial

Kompetensi  Personal
Menurut Goleman.D 1998, elemen kompetensi personal tiga:
- kesedaran kendiri
- pengurusan kawalan diri
- motivasi diri


a)    Kesedaran Kendiri (self-awareness)
Kesedaran Emosi Kendiri:
-       mengenal emosi, sebab, perkaitan, pengaruh  dan kesannya
-       Ketepatan Taksiran Kendiri:
-       Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
Keyakinan Kendiri:
-       pada keupayaan kendiri, berketerampilan, berani menyuarakan pandangan, dan  membuat keputusan.

b)    Pengurusan Kawalan Kendiri

-       Kawalan Kendiri:mampu mengurus emosi yg distruktif
-       Amanah: kekal piawai dan integriti.
-       Ketekunan: bertangungjawab pada prestasi diri
-       Kebolehsuaian; Luwes dalam menangani perubahan.
-       Inovasi:rasa selesa dgn idea dan maklumat baru.

c)    Kompetensi  Sosial
- Kemahiran Sosial : Kemampuan mengenal pasti cara-cara yang sesuai  untuk   mengurus semua bentuk hubungan dengan orang lain.
1.Kesedaran sosial:
·         Sedar dan mengambil berat tentang  perasaan orang lain dan kehendak perasaan tersebut.


Elemen Kecerdasan Emosi

Menurut Goleman (1995), kecerdasan emosi dapat dilihat melalui lima elemen tau pendekatan iaitu kesedaran kendiri, pemantauan diri , dorongan diri , empati dan kemahiran bersosial.


1.    Kesedaran Kendiri
Kesedaran terhadap perasaan sendiri dan kemampuan untuk mengenali dan mengawal perasaan itu. Tanpa kesedaran kendiri, bermakna individu itu tidak mampu membina makna hasil daripada tindakan dan reaksinya kepada persekitaran.
2.     Pemantauan Kendiri

Pemantauan diri termasuklah kemampuan seseorang untuk mengawal diri, meneliti, penyesuaian diri dan inovasi. Pemantauan kendiri juga adalah aspek kebolehan individu bagi menentukan hala tuju serta kebolehan bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku dan seterusnya mampu membuat keputusan bagi diri sendiri.
3.    Dorongan Diri

Dorongan diri melibatkan kawalan kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan seseorang. Dorongan pencapaian dan komitmen yang optimis serta innisiatif yang berterusan adalah kunci dalam menentukan motivasi dalam diri seseorang. Motivasi dalam diri pula didapati mempengaruhi fikiran seseorang bagi melakukan sesuatu kerana adanya keinginan dalam diri bagi mencapai sesuatu kejayaan.
4.    Empati

Empati ialah kebolehan seseorang individu menyedari dan memahami perasaan orang lain. Seterusnya nilai inni mampu menjalinkan perhubungan yang erat dengan pelbagai pihak. empati juga adalah kemahiran kritis yang dapat membantu seseorang menghadapi cabaran.

5.    Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial adalah tahap kemampuan pelajar mengawal emosi dalam suasana sosial. Pelajar dapat mengunakan kemahiran kesedaran kendiri, empati, pemantauan diri dan dorongan kendiri bagi memujuk, berunding dan memimpin. Kemahiran ini juga adalah satu kecekapan dalam mengawal keberkesanan dalam perhubungan antara perseorangan. Di sampin itu, kemahiran sosial yang di miliki oleh individu juga dapat mempengaruhi taktik, keberkesanan komunikasi dengan orang lain, kemahiran mengurus konflik, kebolehan pemimpin dan kemampuan berkerjasama.



Refleksi Minggu Ketiga




Asslamualaikum dan salam sejahtera....sihat hendaknya semua....hmmmm kalau ada yang tak sihat jangan lupa jumpa doktor....sebab sekarang ni macam-macam penyakit ada...kalau dah jmpa doktor alhamdulillah...jangan lupa makan ubat...tapi kalau hati yang sakit jangan lupa banyakkan istighfar dan solat sunat serta jangan lupa solat fardhu kerana itu adalah wajib bagi seorang islam yang baligh. Insya-Allah hati akan menjadi tenang dan hilanglah sakit hati yang terpendam di dalam hati. Baiklah... kita biasakan baiklah... ahahha Baiklah...kali ini saya akan tuliskan refleksi Kecerdasan emosi lagi...kali ini berdasarkan kuliah minggu yang ketiga semester ini....
         Pada masa kuliah tersebut...pensyarah membuka topik baru mengenai IQ , EQ , dan SQ.... hmmmm apa itu IQ? Mungkin bagi yang tak tahu....bagi mereka IQ hanya sekadar huruf...tetapi sebenarnya IQ ini membawa maksud yang lebih besar.... IQ ini dapat kita takrifkan sebagai  what do i think? Atau kemampuan intelektual, analisa, logik dan rasional. IQ merupakan kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah infomasi menjadi fakta. Orang yang kecerdasan intelektualnya baik, baginya tidak ada informasi yang sulit, semuanya dapat disimpan dan diolah, pada waktu yang tepat.
Baiklah itu baharu IQ.... apa pula EQ? ‘Earth Quake? Eh taklah.... Itu gempa bumi.... Alhamdulillah di negara kita gempa bumi jarang berlaku. Kalau ada pun hanya kesan gegaran gempa bumi dari Negara jiran seperti Indonesia. kita doakanlah supaya saudara kita yang berada dalam risiko gempa selamat dan terpelihara dengan selamat... baik, berbalik kepada EQ ialah berkait dengan soalan  what do I feel? Atau lebih tepat  merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.
          Selesai dua.... Ada lagi satu yang dinamakan SQ... SQ yang ini memang tidak popular sebab tidak ramai dapat menguasainya dari pengamatan saya....Baik terus kepada takrifnya  SQ ini berkait rapat untuk menjawab soalan Who am I? Hmm teringat filem yang dibintangi oleh pelakon popular dari China iaitu Jackie Chan. Tajuk filem itu ialah “Who am I?. Makna SQ yang sebenar adalah kemampuan potensi setiap manusia yang menjadikan ia dapat menyedari dan menentukan makna, nilai, moral, serta cinta terhadap kekuatan yang lebih besar dan sesama makhluk hidup.

         Tertarik saya dengan kata puan....dahulu orang kata IQ merupakan penentu kecemerlangan...selepas itu ada pula yang mengatakan tak cukup hanya IQ cemerlang EQ mesti gah juga.... dan sekarang IQ, EQ dan SQ mesti cemerlang baru mantap.... ini membawa maksud pemikiran manusia itu sentiasa berkembang dari setiap zaman....tidak mustahil satu hari nanti ada Q yang baru akan terlahir... maka pada zaman ini saya dan anda perlu menguasai kecemerlangan IQ, EQ dan SQ ....supaya kita cemerlang dalam kehidupan....
Baik, baik, baik.... setakat ini sahaja untuk kali ini... mudah-mudahan kita jmpa lagi seandainya diberi keizinan oleh Allah azza wajalla.... Wasalam.... SALAM UKHUWAH...

Refleksi Minggu Kedua



Bertemu lagi dalam entri yang seterusnya. Ini merupakan minggu yang kedua saya mempelajari subek kecerdasan emosi. Berdasarkan pada minggu yang lepas, saya masih tidak memahami dengan lebih lanjut apa itu kecerdasan emosi. Pada minggu ni, berlaku sedikit perubahan jadual iaitu pensyarah minggu lepas telah ditukarkan dengan pensyarah baru. Saya berasa sedih kerana belum sempat saya memahami dengan lebih lanjut, pensyarah pula ditukarkan dengan pensyarah lain. Namun setelah mengetahui siapa pensyarah baru yang mengajar subjek ini, saya berasa lega sedikit kerana pensyarah baru itu ialah Pn. Noreha. Beliau pernah mengajar kami di semester 1 yang lepas. Puan ajar kami TMK…syok dan menyeronokkan…
            Kali ini puan menyentuh mengenai ‘passion’. Topik ini menarik perhatian kami semua. Apa tu? Fesyen ke, passion atau patient. Mula dah kepala pening dengan benda ini. Klu fesyen saya jenis yang tak suka berfesyen atau bergaya. Passion pula tak tahu. Maklumlah lemah sikit dalam bahasa inggeris. Kalau patient pula, yang saya tahu maknanya pesakit. Ini lagi jauh kaitannya dengan kecerdasan emosi. Namun puan membetulkan segala tanggapan dan apa yang bermain di minda kami semua. Setelah puan menerangkannya, baru saya faham apa itu ‘passion’.
Rupa-rupanya passion ni adalah suatu yang menjadi keterujaan kepada kita bila buat sesuatu benda... kita rasa puas hati dan seronok melakukannya. Setelah puan beritahu contoh passion, maka kami semua diminta untuk beritahu apa passion kami seorang demi seorang. Pelbagai ragam dan jenis passion yang ada. Ada yang suka tidur, main bola, memancing dan banyak lagi. Paling pelik yang saya dengar, dia cakap passionnya bermain air. Tergelak kami semua mendengarnya. Pelik betul benda yang di cakapnya sebagai passion.
Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting setiap orang lain dan berbeza pandangan. Walaupu mereka kembar namun pendirian mereka berbeza. Bak kata pepatah melayu ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Giliran saya untuk beritahu apa passion saya tak sempat kerana masa tidak mencukupi. Oleh itu, saya tidak dapat menyampaikan apa passion saya dan beberapa rakan yang lain. Saya akan kongsikan sedikit apa passion saya atau yang menjadi keterujaan saya. Saya rasa seronok dan tenang bila mana dapat pergi ke surau dan solat secara berjamaah. Hati saya menjadi tenang dan tenteram. Walaupun menghadapi masalah, namun bila dapat ke surau hatin saya menjadi tenang dan tenteram.
Setakat itu saja yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. Saya berpesan kepada diri saya, buatlah apa yang kamu ingin lakukan jika itu yang membuatkan kamu seronok dan gembira. Jangan fkirkan apa yang orang cakap kerana setiap perlakuan kita akan dicakap orang. Benda baik yang kita lakukan aka nada yang mengata apatah lagi benda yang keji lagilah dikata orang. Oleh itu, buatlah kera yang kita mahu selagi kita mampu… salam ukhuwah dari saya.



Refleksi Minggu Pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera… Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk terus bernafas di muka bumi ini. Kali ini saya bukan lagi pelajar PPISMP semester 2 namun telah melonjak ke peringkat seterusnya iaitu PPISMP semester 3.
Setelah tamat cuti semester yang lepas, semua pelajar mula pulang ke asrama untuk meneruskan pengajian di semester yang baru. Walaupun di minggu pertama setelah bercuti, namun kuliah pengajian terus berajalan seperti biasa. Di semester 3 ini, Kecerdasan Emosi menjadi sebahagian dari kehidupan saya kerana subjek ini merupakan salah satu elemen kursus yang mesti saya pelajari untuk semester 3 ini.
Ketika kuliah yang pertama, saya tertanya-tanya kepada kawan-kawan saya yang lain apa itu subjek kecerdasan emosi. Namun, mereka juga kurang pasti dan sama seperti saya kerana tidak mengetahui dengan lebih lanjut. Kali pertama pensyarah yang masuk untuk mengajar subjek ini ialah Pn. Safinah. Beliau ada mengatakan mengenai IQ, EQ, dan SQ.
Saya masih tertanya-tanya apa itu IQ, EQ, dan SQ. walaupun beliau ada menerangkan serba sedikit menegenai apa itu emosi, namun saya masih tidak faham dan kurang memahaminya dengan lebih lanjut. Disebabkan waktu kuliah subjek ini hanya 1 jam, maka beliau meminta kami untuk mencari definisi dan hubungan emosi dalam kehidupan seharian kita.
Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan dalam slot kali ini. Walaupun saya masih tidak faham dengan subjek ini, saya harap di sesi kuliah akan datang saya akan dapat memahami dengan lebih lanjut. Sekian….. harap-haraplah subjek ini tidak membosankan

Ahad, 22 Julai 2012

ALLAH KHALIQ...ALLAH MALIK...ALLAH RAZIQ




Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt...

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt...

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya...

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan su
ruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemui-Nya...

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya...

" YA ALLAH, AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARIPADA PERASAAN SEDIH DAN DUKACITA, AKU BERLNDUNG KEPADA-MU DARIPADA LEMAH DAN MALAS, AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARIPADA SIFAT BAKHIL DAN PENAKUT DAN AKU BERLINDUNG KEPADA-MU DARIPADA BEBAN HUTANG DAN TEKANAN PERASAAN."


" YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PINTU-PINTU KEBAIKAN , KESELAMATAN, KESIHATAN, KENIKMATAN, KEBERKATAN, KEKUATAN, CINTA SEJATI, KASIH-SAYANG, REZEKI, ILMU BERMANFAAT, KEAMPUNAN DAN PINTU-PINTU SYURGA...YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG."



Rabu, 8 Februari 2012

Hatiku Milik-Nya


Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta pada-Nya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah puisi hatiku milik-Nya.

Hati tunduk mengabdikan diri,
Jiwa teguh ujian ilahi,
Tarbiah nafsu didik peribadi,
Insan soleh tetamu syurgawi.

Mata melirik semesta duniawi,
Telinga mendengar zikir yang suci,
Akal mentafsir yang tersurat,
Naluri menyingkap yang tersirat.

Susuri jalan yang satu,
Redahi ujian dalam rahmat-Nya,
Semakin berpadu cahaya kasih-Nya,
Benarlah kini, hatiku milik-Nya.

Mencari cinta ku temui noktah,
Mencari rindu ku temui sendu,
Mencari kasih ku temui sedih,
Mencari gembira ku temui lara.

Kian tercipta denai cinta,
Bisa terlukis hamparan rindu,
Moga terlakar gelombang kasih,
Agar terpahat lukisan gembira.

Pena ini terus bertinta,
Menanti ilham menukil kata,
Hatiku ini tetap milik-Nya,
Dari azali hingga akhir nyawa.






Khamis, 2 Februari 2012

Jika Semuanya Milik Allah.. Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada ?


Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita?
Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?
Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.
Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.
Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?
Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)


Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?
Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?
Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.
Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?
Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?

renung-renungkanlah.........