Khamis, 18 Oktober 2012

Refleksi Minggu Kedua



Bertemu lagi dalam entri yang seterusnya. Ini merupakan minggu yang kedua saya mempelajari subek kecerdasan emosi. Berdasarkan pada minggu yang lepas, saya masih tidak memahami dengan lebih lanjut apa itu kecerdasan emosi. Pada minggu ni, berlaku sedikit perubahan jadual iaitu pensyarah minggu lepas telah ditukarkan dengan pensyarah baru. Saya berasa sedih kerana belum sempat saya memahami dengan lebih lanjut, pensyarah pula ditukarkan dengan pensyarah lain. Namun setelah mengetahui siapa pensyarah baru yang mengajar subjek ini, saya berasa lega sedikit kerana pensyarah baru itu ialah Pn. Noreha. Beliau pernah mengajar kami di semester 1 yang lepas. Puan ajar kami TMK…syok dan menyeronokkan…
            Kali ini puan menyentuh mengenai ‘passion’. Topik ini menarik perhatian kami semua. Apa tu? Fesyen ke, passion atau patient. Mula dah kepala pening dengan benda ini. Klu fesyen saya jenis yang tak suka berfesyen atau bergaya. Passion pula tak tahu. Maklumlah lemah sikit dalam bahasa inggeris. Kalau patient pula, yang saya tahu maknanya pesakit. Ini lagi jauh kaitannya dengan kecerdasan emosi. Namun puan membetulkan segala tanggapan dan apa yang bermain di minda kami semua. Setelah puan menerangkannya, baru saya faham apa itu ‘passion’.
Rupa-rupanya passion ni adalah suatu yang menjadi keterujaan kepada kita bila buat sesuatu benda... kita rasa puas hati dan seronok melakukannya. Setelah puan beritahu contoh passion, maka kami semua diminta untuk beritahu apa passion kami seorang demi seorang. Pelbagai ragam dan jenis passion yang ada. Ada yang suka tidur, main bola, memancing dan banyak lagi. Paling pelik yang saya dengar, dia cakap passionnya bermain air. Tergelak kami semua mendengarnya. Pelik betul benda yang di cakapnya sebagai passion.
Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting setiap orang lain dan berbeza pandangan. Walaupu mereka kembar namun pendirian mereka berbeza. Bak kata pepatah melayu ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Giliran saya untuk beritahu apa passion saya tak sempat kerana masa tidak mencukupi. Oleh itu, saya tidak dapat menyampaikan apa passion saya dan beberapa rakan yang lain. Saya akan kongsikan sedikit apa passion saya atau yang menjadi keterujaan saya. Saya rasa seronok dan tenang bila mana dapat pergi ke surau dan solat secara berjamaah. Hati saya menjadi tenang dan tenteram. Walaupun menghadapi masalah, namun bila dapat ke surau hatin saya menjadi tenang dan tenteram.
Setakat itu saja yang dapat saya kongsikan untuk kali ini. Saya berpesan kepada diri saya, buatlah apa yang kamu ingin lakukan jika itu yang membuatkan kamu seronok dan gembira. Jangan fkirkan apa yang orang cakap kerana setiap perlakuan kita akan dicakap orang. Benda baik yang kita lakukan aka nada yang mengata apatah lagi benda yang keji lagilah dikata orang. Oleh itu, buatlah kera yang kita mahu selagi kita mampu… salam ukhuwah dari saya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan